Biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang

Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk tindakan tuan selanjutnya.

Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah.

Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al Fatahillah bin Prabu Brawijaya. Ibu beliau ialah Raden Siti Murtassimah binti Raden Rahmat / Sunan Ampel.

Puteri Gunung Ledang di lahir kan di Bintoro Demak pada tahun 1485 M. Di besarkan olih bapa nya yang pada masa itu belum menjadi Sultan Demak.Bintoro Demak pada asalnya adalah hadiah dari Bapa Raden Patah kepada Sunan Ampel untuk menubohkan Pesantren Pertama Pulau Jawa.

Pada tahun 1501 M ,Raden Puteri Jamilah di kawin kan dengan sepupunya Raden Abdul Qadir bin Raden Mohamad Yunus bin Sayyid Khalid Al Idrus. Radin Abdul Qadir adalah anak Adipati Jepara. Pada tahun 1478 M. Bintoro Demak melancar kan seranggan ke atas Majapahit dan Kerajaan HIndu ini runtoh. Maka berdirilah Bintoro Demak mengwakili Mjapahit yang akhirnya bergelar KERAJAAN ISLAM DEMAK. Sultan AlFatah sebenar nya tidak ada anak lelaki, yang ada anak lelaki ialah adek nya Raden Husin.Disebabkan Raden Husin rapat dengan Raden Fatah,anak anak lelaki Raden Husin di didik nya sebagai anak angkat.

Pada tahun 1506 M Raden Siti Jamilah datang ke Pulau Besar untuk menuntut ilmu ugama islam.Pada masa itu Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail menjadi Ketua Ulama di Pulau Besar. Maulana Ishaq dan Sayyid Thanauddin masih ada di Pulau itu.

Hasil perkhawinan dengan Raden Abdul Qader maka lahir lah Raden Abu Bakar (1502-1521 M ) dan Raden Abu Syahid (1503-1521 M).Kedua anak nya SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521 M.

Raden Abdul Qader menjadi Sultan Demak ke 2 pada tahun 1518 M. Dimasa ini Sultan ini telah ada 3 orang isteri iaitu

1.Raden Puteri Siti Jamilah..anaknya Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.

2.Raden Puteri Mas Ayu binti Sunan Gunong Jati…tiada anak.

3.Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail…melahirkan Raden Abdullah

Setelah Demak kalah dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun 1521 M. Raden Puteri Jamilah menyepi ke Gunong Ledang.Beliau memang bersedeh kerana SUAMI DAN 2 ANAK TERCINTA nya SYAHID di Pulau Besar.Di samping itu PEREBUTAN TAHTA berlaku di Demak di antara Raden Tronggano dan Raden Kikin, menyebabkan Raden Kikin di bunoh !!!.Raden Yunus bin Raden Husin,adek bungsu Raden Tronggono lari ke Palembang dan menukar nama ke KIAI GEDE ING SURO.

Pada tahun 1645 M Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG wafat dan di semadikan di samping Makam Suami nya.

Itu lah Sejarah ringkas yang saya tuliskan dan memang ada lagi kisah suka dan duka dalam riwayat hidup beliau…Cuma saya nak beritahu SIAPAKAH PUTERI GUNONG LEDANG YANG SEBENARNYA, DAN DARIMANA ASAL NYA,SIAPA BAPA DAN SIAPA GURU NYA

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Sokong kempen internet blackout

(Sokong kempen internet blackout bagi membantah Seksyen 114A)

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen “Hari Internet Blackout” yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012.

Ketika Harakahdaily mengambil pendekatan menyiarkan iklan ‘pop up’ kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini.

Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini.

Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok.

Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini.

Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.

Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet.

Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap “Hari Internet Blackout”.

“Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.

Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.

Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.

“Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.

“Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut,” sambungnya lagi.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pengalaman bertemu Puteri Gunung Ledang

Sejak zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis. Ratu Balkis adalah merupakan kacukan antara bapanya seorang Manusia dan ibunya adalah golongan Jin. Banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya di kampung dahulu pun ada perkampungan Bunian.

Saya semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja saya pergi dulu. Mereka nak kawin dengan saya tapi atok saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia sahaja. Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan saya.

Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kawin, jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang.

Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Saya pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu saya. Mereka selalu berbual-bual, tak tahu pula saya apa yang dibualkan mereka. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Qur’an dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajuk saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan saya.

Menurut Abang Hassan yang tinggal di Hulu Langat Selangor, mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila saya kata saya nampak rumah tu dia terus menganjak saya memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau fasih berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah Singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kainnya dari kain cindai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga.

Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian Kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istemewa mereka? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia seperti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.

Oleh itu kemana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka beri pada saya, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan Atok saya supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita mengenai Abang Hassan.

Dilain ketika, saya telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita Lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang disitu. Sayang sekali National Geography tidak dapat mengikuti serta, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV (gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk ke Alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat di lihat bak kata melayu lama, “sayup, saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian tersebut. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda (beranda-beranda) diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi.

Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang-bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.

Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya! Jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya! Sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan tersebut? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak, katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah? Tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk, kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba, katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima Kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini? Hamba memohon. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu di Maya Pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Verinda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Saya diterbangkan ke Johor Baharu tepat ke halaman rumah saya. Macam mana burung ni tahu rumah saya? Bisik hati saya. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan.

Saya bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi. Kemudian saya tutup semula dan pergi membuat kerja saya. Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan “Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya.” Telah saya jangka pekara ini akan berlaku.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Gunung Ledang dibuka semula untuk didaki orang ramai

MUAR: Pencinta alam dan golongan yang gemarkan aktiviti mendaki meminta kerajaan negeri menyegerakan pembukaan semula Gunung Ledang yang ditutup sejak Mei tahun lalu untuk kegiatan pendakian dan perkhemahan.

Sebelum ini, Gunung Ledang ditutup selepas dua kejadian pokok tumbang yang menghempap khemah sehingga menyebabkan dua pendaki warga Singapura terbunuh.

Seorang pencinta alam sekitar dan pendaki, Abdullah Abdul Rahman, 53, berkata tindakan kerajaan menutup gunung terbabit untuk aktiviti pendakian sejak Mei tahun lalu adalah tidak wajar, sekali gus mengehadkan kegiatan pendakian.

Katanya, Gunung Ledang adalah antara pusat tumpuan pelancongan yang terkenal dan penutupannya boleh menjejaskan kegiatan ekonomi, selain membantutkan usaha memupuk minat generasi muda terhadap aktiviti pendakian.

“Penutupan Gunung Ledang itu menyebabkan pendaki termasuk dari Singapura terpaksa menghentikan kegiatan mereka atau beralih ke kawasan lain.

“Secara tidak langsung pembatalan kunjungan pelancong memberi kesan kepada ekonomi dan industri pelancongan negara ini,” katanya.

Abdullah berkata, penutupan Gunung Ledang untuk tujuan pemeriksaan mengenai tahap keselamatan tanah dan pokok tumbang tidak sepatutnya menjadi berlarutan dalam tempoh yang lama.

Beliau berkata, Gunung Ledang sepatutnya dibuka semula untuk pendakian dan perkhemahan selepas pemeriksaan dijalankan tetapi sehingga kini selepas hampir lapan bulan kejadian pokok tumbang itu, gunung berkenaan masih ditutup.

Sementara itu, Ketua Kampung Payamas yang terletak di kaki Gunung Ledang, Abdul Karim Latip, turut bersetuju bahawa penutupan gunung itu menjejaskan punca pendapatan penduduk dan peniaga di kawasan terbabit.

Sehubungan itu beliau turut menggesa kerajaan supaya menyegerakan pembukaan aktiviti pendakian di gunung terbabit.

“Apa yang berlaku (pokok tumbang) adalah resam alam dan tidak sewajarnya gunung ditutup untuk kegiatan pendakian,” katanya.

Abdul Karim berkata, penutupan gunung itu juga menyebabkan pelbagai pihak terpaksa membatalkan atau menangguhkan rancangan untuk mengadakan program pendakian serta kem bina semangat.

Gunung Ledang ditutup sejak Mei tahun lalu selepas dua warga Singapura maut dihempap pokok dalam dua kejadian pada 15 dan 20 Mei tahun lalu.

Dalam kejadian 15 Mei lalu jam 5.15 pagi, seorang guru pelatih Institut Pendidikan Jasmani Singapura, Mohammad Rohaizam Tumadi, 27, maut apabila khemahnya dihempap pokok ketika sedang tidur di tapak perkhemahan.

Kejadian kedua berlaku pada 20 Mei kira-kira 100 meter daripada lokasi pertama apabila polis bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, Abdul Razak Abdul Hamid, 48, maut selepas khemahnya dihempap pokok dalam kejadian ribut.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pendaki Gunung Ledang Jatuh Gaung

LEDANG July 17th, 2012 : Saat gembira bagi 10 sahabat ketika mendaki Gunung Ledang di sini bertukar menjadi detik mencemaskan apabila salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mereka berada pada ketinggian 1,000 meter berhampiran puncak Gunung Ledang sebelum mangsa, Halfian Abd Rahim, 36, tergelincir lalu termasuk ke dalam gaung tersebut.

Dia bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan parah akibat patah tangan kiri dan retak pada tulang punggung.

Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, Halfian yang berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur dan bekerja di Tanjung Malim, Perak mendaki gunung tersebut bersama sepuluh rakannya termasuk dua wanita pada Sabtu lalu.

“Mereka bersama seorang penunjuk arah meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang pada jam 4 pagi, namun mangsa tergelincir pada jam 6.10 pagi berhampiran check point Taman Bonsai.

“Dia berjaya dibawa keluar pada kira-kira jam 1 tengah hari selepas operasi menyelamat dilakukan sejak pagi oleh renjer Taman Negara berkenaan, selain sekumpulan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tangkak,” katanya.

Suhairi berkata, kemungkinan mangsa terjatuh akibat terlalu letih, tambahan pula dia membawa beg besar dan bersandar pada pokok sebelum hilang imbangan dan terjatuh.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Beliau turut menasihatkan pendaki gunung agar lebih berhati-hati dan mengikut semua peraturan ditetapkan pihak Perbadanan Taman Negara.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Bomba Zon Muar, Zulkifli Bakar yang juga ketua operasi berkata, kumpulan penyelamat terbabit mengambil hampir empat jam untuk menyelamatkan mangsa kerana laluan dan keadaan yang mencabar.

“Operasi menyelamat dimulakan jam 10 pagi. Kita mengambil masa satu jam menuruni cerunan untuk sampai ke lokasi dan mengambil masa dua jam pula untuk

mendaki semula dengan membawa mangsa. Mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat kira-kira jam 3 petang,” katanya.

Zulkifli berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan sedar namun sangat lemah. – Sinar Harian

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Batu Bersurat terbelah dua di Gunung Ledang

Tok Syeikh berkata
27 Julai 2010 pada 11.55p07

Batu Bersurat ini bertulis dalam BAHASA KAWI/PALAPPA/JAWA KUNO.Saya memang tidak memahami,tetapi ada tarikh di tulis di situ…iaitu 1313 tahun saka.kalau tahun masihi kita kena campor 70,maka menjadi 1383 m.Ini mungkin memberitahu kita Tahun Gunong Ledang di diami manusia.Saya di beritahu,yang Memotong batu ini dan menulis nya ialah Pengeran Jimbun atau Raden Patah atau Sultan Demak pertama.Beliau ialah Bapa kepada Puteri Mas Nyawa atau Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG !!.Jadi Puteri Gunong Ledang BUKAN LAH JIN ATAU BUNIAN…Beliau adalah manusia biasa,ayahanda nya Sultan Demak 1 dan suami nya AL SYAHID SULTAN DEMAK KE 2….diantara tulisan Kawi yang tertulis di batu ini ialah nama Ali Akbar.Nama ini adalah nama bagi Raden Patah !!!.

Ais berkata
27 Julai 2010 pada 11.55p07

Tok Syeikh,

Dari belahan batu serta ukiran tulisan bahasa Jawa Kuno yg tertulis dipermukaan batu ini jelas menggunakan tenaga batin, samaada percaya atau tidak ianya ditulis dengan kalbu. Mohon maaf Tok Syeikh. Maha besar Allah……………………

Tok Syeikh berkata
27 Julai 2010 pada 11.55p07

Waalaikum musalam Ais !!! Ikut cerita nya Raden Patah membelah batu dan menulis pada batu, gunakan pedang !!!.Saya lupa nak minta Pedang ini….memang Sakti Manderaguna he…he…he….

tokpakehtemenggong

Tok Syeikh berkata
28 Julai 2010 pada 11.55p07

Tahun Saka atau tahun Jawa kuno di kira 70 tahun,selepas tahun masihi….bermakna jika 2010 masihi…tambah 70,menjadi 2080 tahun saka !!!.

Posted in Uncategorized | 8 Komen

BATU Bersurat di Gunung Ledang

Tok Syeikh berkata
27 Julai 2010 pada 11.55p07

Batu Bersurat ini memang bertulis HURUF KAWI atau JAWA KUNO. Antara yang ditulis ialah tahun dan nama. Yang lain saya tak tahu..walau pun kami import Pakar Sejarah dari Pulau Pinang,Pahang dan dari Negeri Sembilan..tapi semua nya angkat tangan….Akhir nya saya cuba ingat yang di beritahu pada saya,semasa saya kecil…Al Marhum Bapa saudara saya, BERSULOK di sini pada tahun 1960 selama 1 bulan,dan beliau lah yang mengata kan pada saya,batu ini di tulis olih Seorang Sultan Terkenal,tapi beliau tidak memberitahu nama nya dan ada kaitan dengan Puteri Gunong Ledang.Bagi nak JULING BIJI MATA,mencari nya dan akhir nya baru lah dapat.Sultan itu ialah Sultan Ali Akbar Al Fatahillah ,Sultan Demak 1 dan belau menulis batu ini pada tahun 1383 m atau Tahun Saka 1313.

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Selamat mendaki Gunung Ledang

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Siapa sebenarnya Puteri Gunung Ledang

Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al Fatahillah bin Prabu Brawijaya. Ibu beliau ialah Raden Siti Murtassimah binti Raden Rahmat / Sunan Ampel. Beliau di lahir kan di Bintoro Demak pada tahun 1485 M. Di besarkan olih bapa nya yang pada masa itu belum menjadi Sultan Demak.Bintoro Demak pada asalnya adalah hadiah dari Bapa Raden Patah kepada Sunan Ampel untuk menubohkan Pesantren Pertama Pulau Jawa.

Pada tahun 1501 M ,Raden Puteri Jamilah di kawin kan dengan sepupunya Raden Abdul Qadir bin Raden Mohamad Yunus bin Sayyid Khalid Al Idrus. Radin Abdul Qadir adalah anak Adipati Jepara. Pada tahun 1478 M. Bintoro Demak melancar kan seranggan ke atas Majapahit dan Kerajaan HIndu ini runtoh. Maka berdirilah Bintoro Demak mengwakili Mjapahit yang akhirnya bergelar KERAJAAN ISLAM DEMAK. Sultan AlFatah sebenar nya tidak ada anak lelaki, yang ada anak lelaki ialah adek nya Raden Husin.Disebabkan Raden Husin rapat dengan Raden Fatah,anak anak lelaki Raden Husin di didik nya sebagai anak angkat.

Pada tahun 1506 M Raden Siti Jamilah datang ke Pulau Besar untuk menuntut ilmu ugama islam.Pada masa itu Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail menjadi Ketua Ulama di Pulau Besar. Maulana Ishaq dan Sayyid Thanauddin masih ada di Pulau itu.

Hasil perkhawinan dengan Raden Abdul Qader maka lahir lah Raden Abu Bakar (1502-1521 M ) dan Raden Abu Syahid (1503-1521 M).Kedua anak nya SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521 M.

Raden Abdul Qader menjadi Sultan Demak ke 2 pada tahun 1518 M. Dimasa ini Sultan ini telah ada 3 orang isteri iaitu

1.Raden Puteri Siti Jamilah..anaknya Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.

2.Raden Puteri Mas Ayu binti Sunan Gunong Jati…tiada anak.

3.Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail…melahirkan Raden Abdullah

Setelah Demak kalah dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun 1521 M. Raden Puteri Jamilah menyepi ke Gunong Ledang.Beliau memang bersedeh kerana SUAMI DAN 2 ANAK TERCINTA nya SYAHID di Pulau Besar.Di samping itu PEREBUTAN TAHTA berlaku di Demak di antara Raden Tronggano dan Raden Kikin, menyebabkan Raden Kikin di bunoh !!!.Raden Yunus bin Raden Husin,adek bungsu Raden Tronggono lari ke Palembang dan menukar nama ke KIAI GEDE ING SURO.

Pada tahun 1645 M Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG wafat dan di semadikan di samping Makam Suami nya.

Itu lah Sejarah ringkas yang saya tuliskan dan memang ada lagi kisah suka dan duka dalam riwayat hidup beliau…Cuma saya nak beritahu SIAPAKAH PUTERI GUNONG LEDANG YANG SEBENARNYA, DAN DARIMANA ASAL NYA,SIAPA BAPA DAN SIAPA GURU NYA !!!!.

Info – Komentar Tok Syeikh di Karimon’s Blog.

Posted in Uncategorized | 20 Komen

XPDC Pendakian Gunung Ledang berseta Tok Syeikh 23-25 Julai 2010

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen