Pendaki Gunung Ledang Jatuh Gaung

LEDANG July 17th, 2012 : Saat gembira bagi 10 sahabat ketika mendaki Gunung Ledang di sini bertukar menjadi detik mencemaskan apabila salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mereka berada pada ketinggian 1,000 meter berhampiran puncak Gunung Ledang sebelum mangsa, Halfian Abd Rahim, 36, tergelincir lalu termasuk ke dalam gaung tersebut.

Dia bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan parah akibat patah tangan kiri dan retak pada tulang punggung.

Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, Halfian yang berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur dan bekerja di Tanjung Malim, Perak mendaki gunung tersebut bersama sepuluh rakannya termasuk dua wanita pada Sabtu lalu.

“Mereka bersama seorang penunjuk arah meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang pada jam 4 pagi, namun mangsa tergelincir pada jam 6.10 pagi berhampiran check point Taman Bonsai.

“Dia berjaya dibawa keluar pada kira-kira jam 1 tengah hari selepas operasi menyelamat dilakukan sejak pagi oleh renjer Taman Negara berkenaan, selain sekumpulan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tangkak,” katanya.

Suhairi berkata, kemungkinan mangsa terjatuh akibat terlalu letih, tambahan pula dia membawa beg besar dan bersandar pada pokok sebelum hilang imbangan dan terjatuh.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Beliau turut menasihatkan pendaki gunung agar lebih berhati-hati dan mengikut semua peraturan ditetapkan pihak Perbadanan Taman Negara.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Bomba Zon Muar, Zulkifli Bakar yang juga ketua operasi berkata, kumpulan penyelamat terbabit mengambil hampir empat jam untuk menyelamatkan mangsa kerana laluan dan keadaan yang mencabar.

“Operasi menyelamat dimulakan jam 10 pagi. Kita mengambil masa satu jam menuruni cerunan untuk sampai ke lokasi dan mengambil masa dua jam pula untuk

mendaki semula dengan membawa mangsa. Mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat kira-kira jam 3 petang,” katanya.

Zulkifli berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan sedar namun sangat lemah. – Sinar Harian

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s