Gunung Ledang dibuka semula untuk didaki orang ramai

MUAR: Pencinta alam dan golongan yang gemarkan aktiviti mendaki meminta kerajaan negeri menyegerakan pembukaan semula Gunung Ledang yang ditutup sejak Mei tahun lalu untuk kegiatan pendakian dan perkhemahan.

Sebelum ini, Gunung Ledang ditutup selepas dua kejadian pokok tumbang yang menghempap khemah sehingga menyebabkan dua pendaki warga Singapura terbunuh.

Seorang pencinta alam sekitar dan pendaki, Abdullah Abdul Rahman, 53, berkata tindakan kerajaan menutup gunung terbabit untuk aktiviti pendakian sejak Mei tahun lalu adalah tidak wajar, sekali gus mengehadkan kegiatan pendakian.

Katanya, Gunung Ledang adalah antara pusat tumpuan pelancongan yang terkenal dan penutupannya boleh menjejaskan kegiatan ekonomi, selain membantutkan usaha memupuk minat generasi muda terhadap aktiviti pendakian.

“Penutupan Gunung Ledang itu menyebabkan pendaki termasuk dari Singapura terpaksa menghentikan kegiatan mereka atau beralih ke kawasan lain.

“Secara tidak langsung pembatalan kunjungan pelancong memberi kesan kepada ekonomi dan industri pelancongan negara ini,” katanya.

Abdullah berkata, penutupan Gunung Ledang untuk tujuan pemeriksaan mengenai tahap keselamatan tanah dan pokok tumbang tidak sepatutnya menjadi berlarutan dalam tempoh yang lama.

Beliau berkata, Gunung Ledang sepatutnya dibuka semula untuk pendakian dan perkhemahan selepas pemeriksaan dijalankan tetapi sehingga kini selepas hampir lapan bulan kejadian pokok tumbang itu, gunung berkenaan masih ditutup.

Sementara itu, Ketua Kampung Payamas yang terletak di kaki Gunung Ledang, Abdul Karim Latip, turut bersetuju bahawa penutupan gunung itu menjejaskan punca pendapatan penduduk dan peniaga di kawasan terbabit.

Sehubungan itu beliau turut menggesa kerajaan supaya menyegerakan pembukaan aktiviti pendakian di gunung terbabit.

“Apa yang berlaku (pokok tumbang) adalah resam alam dan tidak sewajarnya gunung ditutup untuk kegiatan pendakian,” katanya.

Abdul Karim berkata, penutupan gunung itu juga menyebabkan pelbagai pihak terpaksa membatalkan atau menangguhkan rancangan untuk mengadakan program pendakian serta kem bina semangat.

Gunung Ledang ditutup sejak Mei tahun lalu selepas dua warga Singapura maut dihempap pokok dalam dua kejadian pada 15 dan 20 Mei tahun lalu.

Dalam kejadian 15 Mei lalu jam 5.15 pagi, seorang guru pelatih Institut Pendidikan Jasmani Singapura, Mohammad Rohaizam Tumadi, 27, maut apabila khemahnya dihempap pokok ketika sedang tidur di tapak perkhemahan.

Kejadian kedua berlaku pada 20 Mei kira-kira 100 meter daripada lokasi pertama apabila polis bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, Abdul Razak Abdul Hamid, 48, maut selepas khemahnya dihempap pokok dalam kejadian ribut.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s