Buloh malam – perindu



KataTok Syeikh

Ini memang buloh perindu Gunong Ledang.Buloh ini tumboh di Puncak Ledang.Tumbuhan ini di lindungi dan tidak bolih di ambil.

Sebenar nya untuk mengguna buloh ini tak perlu lah ambil pokok nya.Kita mesti cari,cuma sehelai daun sahaja, iaitu daun yang…..itu kena jumpa saya.

Buat apa nak merosakan eko sistem nya. Hanya sehelai saja daun nya pun sudah memadai.

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Pendakian ke Gua Majapahit

Kata Tok Syeikh,

Dalam kumpulan ini ada seorang perempuan yang sangat kuat semasa pendakian!!!.Di cerita kan kepada saya beliau sangat kuat dan gagah, semasa mendaki. Beliau ialah Saudari Azura Batin Karimon !!!. Tetapi jangan salah faham, bapa nya bukan lah Tok Batin, tapi suami nya Tok Batin Karimon. Tok Batin ini memang sangat terer, kami semua kesejukan dan pakai baju 3 lapis. tapi Tok Batin,hanya BERLENGGENG (TAK BERBAJU). Ilmu apa yang dia pakai, saya tak pasti, TAPI MEMANG KAMI SEMUA KAGUM…mungkin beliau ni pakai ilmu 3 GUNONG, yang di tuntut dari P.RAMLee…he…he…he…

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pemandangan puncak Gunung Ledang



Kata Tok Syeikh;

” Ini ada lah Puncak Mahligai atau Gunong Mahligai. Gambar di ambil dari Taman Bonzai. Saya sudah samapai ke Puncak ini sebanyak 4 kali.

Keluasan Puncak Mahligai ialah sebesar Gelanggang Badminton, dan ada Batu Tanda Sempadan Negeri..Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.

Insyaalah pada hujung bulan Julai saya akan naik bersama Karimon !!!kesian dia…berkobar kobar nak naik,di puncak ini…saya juga bagitu dulu..kali pertama tak dapat naik ke Puncak MAHLIGAI. Kerana saya minta naik Gunong Ledang…jadi dapat naik Gunong Ledang lah dulu….jadi minta tu kena betul “

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Sampaikan salam cintaku padanya !

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Peserta EPDC mendaki Gunung Ledang berseta Tok Syeikh – satu

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Puteri Gunung Ledang



Di atas puncak Gunung Ledang, tinggal seorang tuan puteri yang sangat jelita, dikenali sebagai Puteri Gunung Ledang. Namun, Puteri Gunung Ledang bukanlah tinggal keseorangan di atas gunung itu. Dia ditemani oleh para dayang yang menjadi teman dan pembantu setianya. Malah, kononnya turut terdapat seorang nenek kebayan tinggal bersama-sama dengan mereka.

Segelintir penduduk di beberapa buah kampung berhampiran kaki Gunung Ledang sering mendaki gunung itu. Mereka mencari pelbagai jenis hasil hutan di atas gunung itu. Sekali-sekala, mereka terserempak dengan puteri Gunung Ledang. Hal ini demikian kerana Puteri Gunung Ledang sering memberikan pertolongan apabila mereka tersesat jalan atau ditimpa sesuatu kesusahan.

Oleh yang demikian, nama Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan dan termasyhur ke mana-mana.

Sekali, kemasyhuran Puteri Gunung Ledang yang terkenal sangat jelita itu sampai kepada pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang sedang memerintah di negeri Melaka. Timbullah hasrat dalam hati baginda untuk menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai permaisurinya.

Sultan Mahmud Syah lalu memaklumkan hasratnya itu kepada sekalian pembesarnya. Terkejutlah para pembesar baginda apabila mendengar kata-kata itu. Namun, masing-masing hanya berdiam diri kerana tidak berani menegur kehendak Sultan Mahmud. Malahan, Datuk Bendahara juga tidak berani bersuara apa-apa.

“Bukanlah mudah untuk mencari Puteri Gunung Ledang itu kerana bukan semua orang bertuah dapat bertemu dengannya,” fikir Datuk Bendahara dalam hatinya.

Namun, apalah daya bagi Datuk Bendahara. Beliau tahu, Sultan Mahmud sangat bengis dan pantang dihalang segala kehendak hatinya. Jika ada sesiapa yang ingkar, mautlah padahnya. Mahu tidak mahu, terpaksalah beliau memilih dan menentukan beberapa orang daripada kalangan pembesar istana untuk pergi mencari dan meminang Puteri Gunung Ledang.

Datuk Bendahara memilih Tun Mamat sebagai ketua. Tidak ketinggalan, beliau turut memilih Datuk Sang Setia supaya ikut serta dalam rombongan itu. Beliau berharap Datuk Sang Setia, sebagai seorang tua yang berpengalaman luas, akan dapat turut membantu Tun Mamat.

“Beta mahu Datuk Laksamana Tun Tuah turut pergi bersama-sama!” titah Sultan Mahmud.

Terkejutlah Datuk Bendahara mendengar titah itu. Beliau sengaja telah mengecuali Laksamana Hang Tuah kerana tidak ingin membebankannya dengan sebarang kerja berat lagi. Lebih-lebih lagi kerana Laksamana Hang Tuah ketika itu sudah sangat berusia dan selalu pula berkeadaan uzur.

Laksamana Hang Tuah memahami perasaan hati Datuk Bendahara. Namun kerana tidak ingin menderhaka kepada Sultan, beliau tetap patuh pada titah itu.

“Ampun, tuanku! Titah tuanku tetap patik junjung,” sembah beliau.

Sukacitalah hati Sultan Mahmud bukan kepalang apabila mendengar sembah Laksamana Hang Tuah. Baginda sangat mengharapkan cita-citanya akan tercapai.

Tiba hari ditetapkan, berangkatlah rombongan utusan Sultan Mahmud menuju ke Gunung Ledang. Jauhnya bukan kepalang. Perjalanannya pula bukan mudah untuk ditempuhi. Meredah rimba belantara, menyeberang sungai, mendaki bukit, dan menuruni lurah.

Namun, segala pahit getir itu terpaksa mereka tempuhi.

Akhirnya, mereka tiba di sebuah kampung berhampiran Gunung Ledang itu. Terceganglah orang kampung apabila mengetahui bahawa rombongan itu adalah utusan daripada Sultan Melaka yang datang untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Namun, tiada seorang pun daripada kalangan orang kampung itu yang berkesanggupan untuk menolong mereka.

“Bukan kami tidak ingin membantu,” ujar penduduk kampung. “Kami sendiri tidak mengetahui di manakah sebenarnya tempat tinggal Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu.”

“Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun,” sampuk yang lain pula.

Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.

Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu.

“Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja,” kata Laksamana Hang Tuah.

Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.

“Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun,” sampuk yang lain pula.

Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.

Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu.

“Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja,” kata Laksamana Hang Tuah.

Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.

Tiangnya diperbuat daripada tulang-tulang yang besar. Atapnya pula diperbuat daripada rambut yang sangat panjang. Timbul juga rasa kecut dalam hati Tun Mamat.

Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tiba-tiba saja datang mengelilinginya.

“Tuan hamba ini datang dari mana?” salah seorang gadis itu menegur Tun Mamat.

Tun Mamat segera menjawab, “Hamba ini orang Melaka. Datang ke sini untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.”

Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu. Dia lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan tujuan kedatangannya itu.

“Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka?” ujar nenek kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu semula.

Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju menjadi permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat memenuhi semua syarat peminangan yang dikehendaki.

“Apakah syarat-syarat peminangan itu?” Tun Mamat ingin tahu.

Nenek kebayan menjelaskan, “Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka hendaklah membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh tempayan berisi perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh tempayan air mata, tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman, serta semangkuk darah Sultan Melaka dan semangkuk darah putera Sultan Melaka.”

Terpegunlah Tun Mamat mendengar segala syarat peminangan itu. Sejenak, tiadalah beliau berkata apa-apa.

Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak peminangan itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan Mahmud tidak berkecil hati.

Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ. Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang Tuah.

“Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang itu?” Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat.

“Tidak!” jawab Tun Mamat. “Hamba hanya berpeluang bertemu dengan nenek kebayan sahaja.”

“Nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Dia sengaja menyamar menjadi seorang perempuan tua,” ujar Laksamana Hang Tuah.

Termenunglah Tun Mamat sejenak setelah mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah itu. Tun Mamat sama sekali tidak menduga bahawa beliau rupa-rupanya telah bertemu dengan Puteri Gunung Ledang itu.

“Kalaulah hamba tahu nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang, nescaya hamba akan tangkap dan bawa pulang ke Melaka,” kata Tun Mamat dengan rasa kesal. Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia tertawa mendengar kata-kata Tun Mamat itu.

Mereka segera berangkat pulang ke Melaka.

Tiba di istana Melaka, mereka segera menghadap Sultan Mahmud. Tun Mamat lalu menyembahkan kepada Sultan Mahmud akan segala peminangan yang telah ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang.

Terpegunlah Sultan Mahmud mendengar segala syarat peminangan itu. Malah, sekalian pembesar turut terkejut setelah mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Masing-masing tunduk berdiam diri setelah melihat Sultan Mahmud termenung panjang memikirkan hal itu.

Hanya Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat sekali-sekala saling berpandangan. Mereka mengetahui tujuan Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat sedemikian, iaitu menolak secara halus peminangan itu agar tidak mengecilkan hati Sultan Melaka.

Lamalah Sultan Mahmud berdiam diri, termenung panjang, kerana tidak menyangka akan demikian rupa-rupanya syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu.

Akhirnya, Sultan Mahmud bertitah kepada sekalian pembesarnya, “Jikalau beta mahu, nescaya segala syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu akan dapat beta penuhi. Akan tetapi, syarat semangkuk darah putera Sultan Melaka tiadalah sanggup beta penuhi. Tiadalah sanggup beta mengambil darah daripada putera beta sendiri, semata-mata untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.”

Legalah hati para pembesar setelah mendengar kata-kata Sultan Mahmud itu.

Pada mulanya, mereka menyangka Sultan Mahmud tentu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai sebarang cita-citanya. Sebarang kehendak Sultan Mahmud, tidak mungkin dapat digalang. Kini, mereka berasa lega kerana Sultan Mahmud sudah membuat keputusan sedemikian.

“Wahai Tun Mamat dan Datuk Laksamana Tun Tuah, kita lupakanlah saja tentang Puteri Gunung Ledang itu. Tidak perlulah dia menjadi permaisuri Melaka. Biarkanlah dia tetap tinggal di atas puncak Gunung Ledang itu,” ujar Sultan Mahmud.

Tun Mamat, Laksamana Hang Tuah, Datuk Sang Setia, dan Datuk Bendahara tersenyum panjang. Sejak itu, tiadalah lagi Sultan Mahmud menyebut nama Puteri Gunung Ledang. Malah, baginda melarang orang Melaka pergi ke kaki Gunung Ledang semasa hayat hidupnya.

Salah sebuah pantun yang pernah diungkapkan oleh Puteri Gunung Ledang dan dayang-dayangnya tinggal menjadi sebutan orang di sepanjang zaman, sampailah sekarang :

Dang Nila memangku puan,
Lemak sisik ikan pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada?

Sumber: Galeri Cerita Zoom-A

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Gunung Ledang digelar ‘mount ophir’



Mengapakah Gunung Ledang digelar ‘Mount Ophir’?

Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.

Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.

Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.

Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik Malayo-Polynesian.Renungkan puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.

Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang. Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali. Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.

Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce, ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang?

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Taman hutan Gunung Ledang Melaka



Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai 2003, semakin mendapat sambutan berikutan keindahan alam sekitarnya.

Dengan kehijauan hutan dan alam semula jadinya, taman seluas 8,611 hektar yang terletak di kaki Gunung Ledang di Sagil itu, diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 2005.

Jika sebelum ini pelancong lebih tertumpu di kawasan air terjun di Gunung Ledang Resort sebagai kawasan rekreasi, Taman Hutan Lagenda itu memberikan pilihan kepada mereka yang lebih mementingkan ketenangan dan suasana hutan.

Selain itu, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang menjadi pintu masuk untuk ke puncak gunung itu juga adalah tempat paling sesuai untuk program bina semangat dengan pelbagai kemudahan lengkap.

Pembangunan di kawasan itu juga dibuat dengan menggunakan kaedah meminimumkan penebangan pokok bagi memastikannya tidak menjejaskan alam sekitar dan nilai keasliannya yang menjadi lokasi berharga kepada pencintanya.

Malah, bilangan pengunjung ke kawasan itu juga dihadkan bagi memastikannya tidak terlalu terdedah dengan kehadiran orang ramai yang boleh menyumbang kepada kemusnahan kawasan hutan, sekali gus menjejaskan anugerah alam yang bernilai ribuan tahun.

Penguatkuasaan yang ketat dengan mengenakan beberapa peraturan kepada pengunjungnya berjaya mengekalkan keaslian taman hutan itu, sekali gus menjadikannya lokasi menarik.

SUASANA damai di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang.

Perbadanan Taman Negara Johor mengambil langkah berhati-hati dan merancang setiap kegiatan di kawasan itu dengan mengambil kira pengekalan ciri hutan rimba.

Pada masa ini, kawasan itu mempunyai kompleks pelawat yang berfungsi sebagai pusat latihan dan maklumat, dewan, asrama, chalet, tapak perkhemahan, pondok dan kafetaria.

Seorang peserta kem bina semangat di taman itu, Mohd Hardi Abdullah, berkata selain mendaki gunung, pelbagai kegiatan boleh dijalankan di kawasan terbabit termasuk program motivasi dan kegiatan lasak.

Katanya, beliau terpesona dengan keindahan alam sekitar yang tidak tercemar terutama kejernihan dan kesejukan air sungai yang sukar didapati di kawasan lain.

“Sungai yang mempunyai kumpulan ikan kecil juga memberikan rawatan spa percuma kerana apabila merendamkan kaki, ia akan menggigit sisa sel kulit mati, sekali gus memberikan rasa nyaman,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap pihak berkuasa terus menjalankan peraturan dan penguatkuasaan ketat bagi mengekalkan keaslian hutan itu serta pada masa yang sama membolehkan pelbagai kegiatan kem bina semangat dan pendakian dapat dijalankan.

Bagi urus setia yang mengendalikan kursus kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohd Nordhamin Mohd Amran, kehijauan alam sekitar kawasan itu yang masih terpelihara memberi peluang kepada peserta menghayati keaslian alam sekitar serta pada masa sama menjalani program membentuk jati diri.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak untuk mengadakan lebih banyak program di taman hutan itu bagi memberi peluang kepada peserta menikmati keistimewaannya yang sukar ditemui di kawasan lain.

“Sudah banyak tempat yang saya pergi tetapi Taman Hutan Gunung Ledang ini paling istimewa kerana ia masih terjaga dengan penguatkuasaan bagi memastikannya tidak tercemar dengan kegiatan manusia,” katanya.

FAKTA: Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang

# Nama gunung itu dikatakan berasal daripada bahasa Jawa ketika zaman empayar Majapahit yang bermaksud Gunung Dari Kejauhan atau Gunung Yang Tinggi. Malah, dalam kamus Dewan dan Pustaka menyatakan Ledang bermaksud `menunjukkan diri’ atau tinggi.

# Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas.

# Bagi pedagang Cina pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.

# Terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang dan kepercayaan mistik lain yang sehingga kini masih belum terungkai.

# Memiliki sungai dan air terjun yang bersih dan jernih selain kehadiran anak ikan yang turut menjadi ikan spa kepada pengunjung yang merendamkan kaki mereka.

# Gunung itu juga mempunyai trek pendakian yang mencabar sehingga menjadi antara gunung yang sukar didaki di negara ini.

# Memiliki pelbagai spesis flora dan fauna, termasuk orkid, periuk kera, tumbuhan herba, burung dan serangga.

Wasalam.

Posted in Uncategorized | 1 Komen

EPDC mendaki Gunung Ledang berserta Tok Syeikh



Assalamualaikum pengunjung blog Karimon,penantian tarikh 28hbMei 2010 berakhir apabila cita2 hendak mendaki Gunung Ledang telah tercapai.Begitu lama saya mendengar cerita mengenai Gunung Ledang dan pada 28hb ianya menjadi kenyataan apabila saya berjaya kesana walaupun puncaknya belum didaki.

Kami sampai agak lewat iaitu jam 5 petang,setelah selesai proses pendaftaran,kami semua berjaya sampai ke destinasi tempat penginapan kami.Setelah selesai mendirikan khemah TS memanggil saya dan menunjukkan kepada saya pokok yang bergelar cenuai merah yang pada ketika itu sedang berbuah.Tanpa saya sedari rupanya ditempat kami berkhemah terdapat 7-8 pokok cenuai yang terdiri daripada pokok cenuai merah,cenuai putih dan pokok legeh.Tanpa membuang masa saya mencapai kemera saya lalu mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan dan TS pesan pokok ini adalah spesies yang dilindungi dan tidak dibenarkan mengambilnya.

Untuk mandi kami pergi ke Gua Nenek yang ada bersebelahan dengan Gua Masjid.Airnya mak ooii sejuk gila tapi gagahkan juga untuk mandi.Pada sebelah malamnya selepas makan TS sempat juga menunjukkan kepada saya beberapa jenis herba yang lain yang terdapat disekeliling khemah kami.Walaupun bulan agak terang tapi keadaan gunung diselubungi dengan kabus dan ini menambahkan kesejukan pada malam itu.TS mula buka story tentang gunung ledang dan pulau besar yang ada kaitan dengan gunung ledang.Lebih kurang jam 4 pagi baru kami masuk tidor.

Keesokkan harinya sebelum sarapan saya dengan TS berjalan2 melihat keadaan sekeliling Gua Nenek,Gua Masjid dan kawasan yang hampirnya maka masa itu TS menunjukkan kepada saya beberapa jenis herba yang lain dan menunjukkan pokok penunduk gunung dan menceritakan akan khasiatnya.

Selepas sarapan kami berjalan keatas menuju ke kawasan pencawang Celcom disana TS menunjukkan apa yang dipanggil orang buluh malama atau buluh perindu,kalau setakat lalu sahaja kawasan itu dan tidak mengenalinya maka kita kan menganggap ianya adalah hanya rumpunan buluh biasa sahaja.Disitu kami bertemu dengan seorang guide keturunan orang asli yang sudi menunjukkan kami beberapa jenis herba dan melalui beliau jugalah apa yang dikatakan pokok legeh itu adalah benar seperti yang diceritakan oleh TS.

Lebih kurang jam 2 petang kami bersiap2 untuk mendaki ke puncak gunung tetapi malangnya terdapat sedikit masaalah teknikal dan terpaksa membatalkan hajat kami.Lebih kurang jam 4.30 ptg guide kami saudara Hu mengatakan jika mahu mendaki ke Gua Majapahit masih sempat lagi.6 peserta termasuk saya bersetuju untuk mendaki.Jam 5 petang kami melalui Gua Nenek untuk mendaki ,pada permulaan pendakian ianya mudah tetapi akhirnya beransur sukar disebabkan terpaksa melalui trek yang lembah,akar2 pokok yang berjuntai keluar dan pohon2 kayu mati serta trek yang lama kelamaan semakin tinggi.

Sampainya kami dikawasan satu puncak yang terdapat pokok2 yang meyerupai taman bonsai dari puncak itu kami dapat melihat puncak gunung ledang ynng saya sempat mengambil gambanya.Dari puncak itu perjalanan lebih kepada menurun yang agak panjang dan didalam hati saya mesti semput ni bila nak balik ke khemah nanti melalui jalan ini.

Dari puncak itu lebih kurang 10-15 minit kami sampai ke Gua Majapahit.Betapa lega rasanya dapat sampai ke tempat yang dihajati dan berehat sebentar.Disitu guide kami menceritakan serba sedikit mengenai sejarah gua itu dan menunjukkan beberapa jenis herba yang lain.Lebih kurang jam 6 petang baru kami bergerak menuju ke khemah kami,seperti yang diduga kawasan taman bonsai terpaksa ditempuh juga tetapi oleh kerana kali ini kami banyak berbual dan bergurau maka tidak terasa letih sangat.

Jam 6.40 kami sampai ke khemah kami,letih ya tetapi puas hati itulah ungkapan yang dapat diucapkan.Seperti biasa pada malam harinya selepas makan kami banyak berbual tetapi terpaksa masuk ke khemah disebabkan hujan yang lebat.Memang benar seperti yang dikatakan oleh TS hujan yang lebat diikuti oleh guruh dan petir yang begitu kuat sehingga terasa bergegar kereta yang saya duduki.Tetapi Alhamdulillah kami semua selamat.

Hari Ahad hari ketiga tidak banyak aktiviti yang kami lakukan melainkan bersiap mengemas untuk pulang.Jam 12 tengahhari kami berangkat pulang.Belum puas rasanya berada digunung ledang kerana masih banyak tempat yang belum sempat kami lawati.Mungkin bagi sesetengah orang membuang masa mendaki gunung tetapi setelah berada diatas maka seseorang itu akan tahu nikmatnya,mungkin inilah yang dikatakan orang jauhari juga yang mengenal manikam.Jika ditanya apakah mungkin saya mahu mendaki lagi jawapan Ya saya mahu mendaki lagi pada masa yang terdekat ini insyaallah.Ya Allah kau panjangkanlah usiaku, berikanlah kesihatan dan kekuatan dan keizinan untuk pendakian yang akan datang.Aminnnnnn……..

KARIMON (RAHIM)

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Gunung Ledang Melaka

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal-usul nama

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir’ itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud ‘Gunung Emas’ (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud ‘gunung dari jauh’.

Cara mendaki

Pemandangan Gunung Ledang.

Ada tiga runut mendaki:

* Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.

* Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.

* Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio Telekom Malaysia Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

Kelebihan

Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.

Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.

Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu risau tentang keperluan makan minum, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai pekan Sagil.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen