Siapa sebenarnya Puteri Gunung Ledang

Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al Fatahillah bin Prabu Brawijaya. Ibu beliau ialah Raden Siti Murtassimah binti Raden Rahmat / Sunan Ampel. Beliau di lahir kan di Bintoro Demak pada tahun 1485 M. Di besarkan olih bapa nya yang pada masa itu belum menjadi Sultan Demak.Bintoro Demak pada asalnya adalah hadiah dari Bapa Raden Patah kepada Sunan Ampel untuk menubohkan Pesantren Pertama Pulau Jawa.

Pada tahun 1501 M ,Raden Puteri Jamilah di kawin kan dengan sepupunya Raden Abdul Qadir bin Raden Mohamad Yunus bin Sayyid Khalid Al Idrus. Radin Abdul Qadir adalah anak Adipati Jepara. Pada tahun 1478 M. Bintoro Demak melancar kan seranggan ke atas Majapahit dan Kerajaan HIndu ini runtoh. Maka berdirilah Bintoro Demak mengwakili Mjapahit yang akhirnya bergelar KERAJAAN ISLAM DEMAK. Sultan AlFatah sebenar nya tidak ada anak lelaki, yang ada anak lelaki ialah adek nya Raden Husin.Disebabkan Raden Husin rapat dengan Raden Fatah,anak anak lelaki Raden Husin di didik nya sebagai anak angkat.

Pada tahun 1506 M Raden Siti Jamilah datang ke Pulau Besar untuk menuntut ilmu ugama islam.Pada masa itu Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail menjadi Ketua Ulama di Pulau Besar. Maulana Ishaq dan Sayyid Thanauddin masih ada di Pulau itu.

Hasil perkhawinan dengan Raden Abdul Qader maka lahir lah Raden Abu Bakar (1502-1521 M ) dan Raden Abu Syahid (1503-1521 M).Kedua anak nya SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521 M.

Raden Abdul Qader menjadi Sultan Demak ke 2 pada tahun 1518 M. Dimasa ini Sultan ini telah ada 3 orang isteri iaitu

1.Raden Puteri Siti Jamilah..anaknya Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.

2.Raden Puteri Mas Ayu binti Sunan Gunong Jati…tiada anak.

3.Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail…melahirkan Raden Abdullah

Setelah Demak kalah dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun 1521 M. Raden Puteri Jamilah menyepi ke Gunong Ledang.Beliau memang bersedeh kerana SUAMI DAN 2 ANAK TERCINTA nya SYAHID di Pulau Besar.Di samping itu PEREBUTAN TAHTA berlaku di Demak di antara Raden Tronggano dan Raden Kikin, menyebabkan Raden Kikin di bunoh !!!.Raden Yunus bin Raden Husin,adek bungsu Raden Tronggono lari ke Palembang dan menukar nama ke KIAI GEDE ING SURO.

Pada tahun 1645 M Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG wafat dan di semadikan di samping Makam Suami nya.

Itu lah Sejarah ringkas yang saya tuliskan dan memang ada lagi kisah suka dan duka dalam riwayat hidup beliau…Cuma saya nak beritahu SIAPAKAH PUTERI GUNONG LEDANG YANG SEBENARNYA, DAN DARIMANA ASAL NYA,SIAPA BAPA DAN SIAPA GURU NYA !!!!.

Info – Komentar Tok Syeikh di Karimon’s Blog.

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

20 Responses to Siapa sebenarnya Puteri Gunung Ledang

  1. ZAKARIAH HASHIM says:

    KEMANA KAU PERGI KAMI CARI..
    NAK MENAFIKAN KAMI..KAMI UJUD..
    ITU LAH ANTARA KATA-KATA MEREKA DI GUNUNG LEDANG..

    WALLAHU’ALAM…

  2. raden baharin raden said says:

    assalamualaikum.Lidah pengarang yang saya sanjungi,demi waktu izin ALLAH s.a.w. menemukan laman ini sumber rujukan untuk diri saya cuma.semoga keinsafan diri menjadi penghubung baik diberkati untuk tujuan rujukan ilmuan.kebarangkalian membina kekuatan untuk menyeru memahami tunjuk ajar dalaman dan luaran.Merungkai yang tersurat dan tersirat…salamualaikumusalam.

  3. Sempoi Je Banyak membaca la says:

    Nama saya tak ada kat sana, itu buat masa ni satu kepastian. Bermula walaupun seorang manusia, namun manusianya dah kembali awal. Sekarang ini memang ada PGL disana dan memang dari golongan kayangan dewa dewi. Ada yang dah jumpa dengan harta milik PGL nya tersimpan dalam gaung jauh didalam rantaian gua-pertapaan, dijaga oleh seekor katak misteri, dapat tengok tak dapat usik.

    Macam nenek kebayan tukang mandi tu jugak, yang manusianya dah lama pergi. Tapi nama tu glamer…ada yang ganti, bukan manusia lah, jin.

  4. soyan says:

    kurang tepat tentang puan hajah besar ni….apepn teruskan…

  5. ummuafiq says:

    Part mana pulak dia bercinta dengan Hang Tuah dan menolak cpinangan Sultan Melaka?

  6. shazwina says:

    kalau mahu tahu puteri gunung
    seorang anak yang di lahirkan dengan istimewa.

  7. RazZ says:

    ASSALLAMUALAIKUM LEDANG..

  8. RadenMas says:

    cuba-cuba study tentang Kesultanan Johor Riau. Bagaimana Sultan Johor teramatlah kayanya dizaman dulu sampai sekarang. Bukankah hasil bumi tu menjadi milik kerajaan? termasuklah emas yg ada kat Ledang (i.e. Mount Ophier)

  9. lusfi says:

    Salam,
    Ayat yang berbunyi “setelah Demak kalah dalam pertempuran
    dengan Melaka pada tahun 1521″ kedengaran pelik sebab Melaka
    telah dikalahkan oleh Portugis pada 1511. Selepas Melaka kalah kepada
    Portugis, Sultan Melaka berundur ke Pahang dan kemudian ke Johor.
    Jadi adakah Demak bertempur dengan Melaka pada 1521? Harap fakta
    diambil perhatian.

  10. hafiz says:

    ade satu versi menyatakan puteri gunung ledang tu puterinye majapahit.membawak diri ke gunung ledang kerana merajok suaminye kawin lagi dengan ratu sebagai imbuhan menang dalam peperangan dan jgak strategi untuk mengamankan majahpahit dan demak name laki die sebenarnye raden dharma wulan yg batu tempat die solat ade di pulau besar.lagipun die terbabit dalam pegaduhan minat jinge yang memberontak di majapahit.oleh kerana minat jinge kebal daripade sbarang senjate kerana dye ade memiliki wilat kuning dikaki nye jadi die berpakat dengan suaminye sebagai panglime perang untuk membunuh minat jinge melalui perkahwinan muslihat dengan puteri gunung ledang.di malam pertama langsung dipancung kepalenye minat jinge menggune kan wilat kuning nye sendiri lansung putus tapi tidak mati jadi puteri gunung ledang lari kemari meneretap di gunung ledang dan dalam waktu persembunyian nye suaminye kawin lagi dengan ratu..itu la cerita nye..jadi mana mungkin die yang masih isteri org nk menerime peminangngan sultan melaka jadi lahir la syarat peminagngan yang aneh2 itu agar sultan melaka tidak mampu nk menunaikan nye.cerita ini tiada kena mengena dengan hang tuah kerana hang tuah itu kenalan suaminye puteri gunung ledang,hang tuah sekarang berada di gua kota gelangi kerana kerajan melaka sudah tiada.sesuai dengan taraf beliau sebagai panglima,kalo tidak percaya pergi la ke sane jumpe la hang tuah di gua kota gelangi..
    ini versi penceritaan al marhum embah salem langkap…….sejarah kita sudah diputar belit oleh penjajah dan jugak golongan jin yang menyamar mewarnai duniawi……….terima kasih…

  11. langitmerah says:

    salam…saya nak tanya……..kalo saya tengok tarikh tarikh dalam cerita di atas, umur2 watak kat atas tu beratus tahun…kecuali anak puteri gunung ledang…contohnya…puteri gunung ledang lahir 1485 M meninggal dunia 1645M…umur dia masa meninggal 160 tahun….memang umur org dulu panjang mcm tu ke??Rasullulah pun wafat pada umur 63 tahun……sahabat-sahabat pun umur tak panjang mcm tu….apa amalan puteri ni?

  12. kumaran says:

    siapakah yang telah membeli puteri

  13. saya ingin bertanya dan ingin tahu kemana preginya kesah damar wulan sedangkan dipulau besar ada terdapat batu damar wulan dan dari apa yg saya tahu melalui cerita2 dan sumbar bacaan yg saya baca mengatakan puteri gunung ledang ni hanya setakat cerita aja jika benar puteri gunung ledang ujud mengapa masa HANG TUAH pergi meminangnya untuk sultan puteri minta darah sebagai hantaran jika puteri manusia biasa tak mungkin puteri minta yg bukan2…….

  14. zakaria says:

    kalau puteri gunung ledang menyepi ke gunung ledang pada tahun 1521, puteri gunung ledang yang mana yang di pinang olih sultan melaka kira kira setengah abad sebelumnya?

  15. zakaria says:

    batu bersurat(ditulis olih sultan demak 1) di gunung ledang tertera 1313s atau 1383m, takkanlah lepas 200 tahun baru melahirkan anak(puteri jamilah 1501m) .kaji juga sunan ampel, beliau hidup zaman bila, takkan anaknya siti murtasimah melahirkan anak (puteri jamilah) ketika berumur hampir 200 tahun, harap maaf kalau saya tersalah, saya cuma mahu kepastian tarikhnya.

    • Tumpang je says:

      Melaka jatuh ke tangan Portugis 1511M…. so 1521M tu rasanya kurang tepat..sbb Melaka dah tiada sultan
      PGL sezaman Sultan Mansur Shah (1456-1477), Tun Mamat & Hang Tuah…

      Ttg batu bersurat 1383M pun agak meragukan sbb Raden Patah memerintah Demak 1475-1518. Raden Patah dikatakan lahir di Palembang pd 1455…

  16. kanzunQALAM says:

    Berdasarkan data yang kami peroleh…
    Keluarga Raden Fatah yang mengungsi ke Palembang, di pimpin oleh Ki Gede ing Lautan…
    Beliau adalah ayah dari Ki Gede ing Suro dan Ki Gede ing Ilir…

    Dengan demikian yang dimaksud dengan Raden Yunus (Mohamad Yunus/Nasharudin Yunus) bin Raden Husin, adalah Ki Gede ing Lautan, dan bukan Ki Gede ing Suro…

  17. ANNA1977 says:

    MEMANG BYK CERITA-CERITA YG MASIH MENJADI TANDA TANYA…
    TAPI YG PASTI “YANG LAMA PASTI KEMBALI”

  18. burung kecil says:

    Akm kepada semua. Tolong yee, PGL bukan mitos, janganlah sengaja diada-adakan cerita bohong fitnah tidak benar mengenainya. Kalau nak dihikayatkan kepada anak cucu pun, biarlah fakta ceritanya betul. Saya nak tanya, siapa nama PGL tu? siapa mak bapak dia? Kenapa dia duduk di Gunung Ledang tu? Napa tak turun-turun? Betul ke Hang Tuah tu dah tua masa tu? Betul Hang Tuah tu tak balik sebab malu? Tulislah fakta yang betul mengenainya… hamba sekadar menasihati sahaja. Janganlah ditanya siapa hamba, tetapi jika hendak, ambillah apa yang hamba kata (dan insyaAllah akan katakan).

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s